MaSaLaH SoSiaL RemAJa....

| Tuesday, November 25, 2008

coretan ku kali ini berkisar ttg mslh sosial dikalangan remaja pada masa kini..apa yg membuatkn aku terdetik untuk menulis ialah melihat masalah sosial dikalangan remaja skrg yg smkin membimbangkn..seperti yg kita lihat di dada akhbar, tidak pernah skali pn tidak tercatit masalah sosial di kalangan remaja..mslh ini seakan-akan smkin bertmbah. walaupn pd masa ini kita lihat..peratusan mslh sosial yg berlaku di Malaysia msh pd tahap sederhana berbanding negara membangun yg lain..apa yg aku lihat, mslh ini bukan smkin berkurang malah semakin bertmbah..

Mslh sosial diklngan remaja pd msa kini seperti lumba haram, rogol, liwat, gangsterisme dan sbginya..mslh ini smkn menjadi-jadi pada remaja di kwsn bndr, malah pd msa ini semkn miningkat di kalangan remaja yg tggl di luar bndr..plbgi faktor yg mndorong berlakunya pertmbahan jmlah masalah sosial yg berlaku seperti kurang didikan ibu bapa, pengaruh media massa, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya..

Bg menilai punca mslh ini, kita tidak perlu melihat atau menyalahkn sesetgh pihak shj..punca yg menyebabkan mslh ini berlaku adalah dr pelbagai faktor..kebanyakkan masyarakat hari ini menyalahkn ibu bapa sbgi punca utama berlakunya gejala sosial ini..bg sy, punca gejala ini jgn disalahkn pd ibu bapa shj tapi kita perlu melihat dr punca yg lain..walaupn kita lihat kebanyakkan ibu bapa pada masa ini sibuk mencari nafkah untuk anak2 akibat kos sara hidup yg smkin meningkat..

Akibat drpd itu, perhatian terhadap anak2 adalah kurang..kdg2 ada sstgh ibu bapa yg memberi perhatian yg lebih terhadap anak mereka..ttp mslh sosial ini tetap juga berlaku dikalangan anak mereka. faktor lain yg sy nk katakan di sini ialah pengaruh rakan sebaya..

Pengaruh rakan sebaya kebanyakkan berlaku setelah remaja tersebut melalui alam persekolahan dan banyak terdedah kpd persekitaran yang pelbagai..kebiasaannya, setiap masyarakat ada norma2 hidup tersendiri..masyarakat tersebut akan berpegang pada norma yg telah diamal oleh mereka sejak zaman berzaman..pd waktu kecil, kanak2 biasanya akan mengikut norma keluarga mereka yang diterapkan oleh ibu bapa..pd waktu ini,kanak tersebut msh terikat pd norma keluarga kerana msh bwh telunjuk ibu bapa..

Apabila meningkat remaja, mereka akan mengikut norma kawan2 mereka..segala kegiatan yg dilakukan oleh rakan2 akan di ikut kerana tidak mahu ketinggal atau di panggil kolot..apabila remaja td mengikut norma2 rakan sebaya..maka disini lah bermulanya masalah sosisal berlaku..norma2 keluarga akan ditinggalkan oleh remaja tersebut dan digantikn dengan norma rakan2...

Pemilihan kawan adalah penting bagi membentuk diri remaja tersebut..jika baik kwn yg dipilih, maka baiklah perangai akan dibentuk dan sebaliknya. kebanyakkan remaja sekarang sering terikut apa yg dilakukan oleh kawan2 mereka...perasaan ingin mencuba dikalangan remaja adalah tinggi pd masa ini..remaja bukan tak tahu benda yg mereka buat itu salah atau betul..tahu..masalahnya perasaan ingin mencuba pd waktu usia sebegini adalah tinggi..kebanyakkan remaja sering terikut-ikut budaya barat yg menurap masuk ke negara ini..budaya spt punk,black matel,hip rock,fornografi dan sebagainya semakin menular masuk ke dlm negara akibat media massa yg semakin canggih..bak kata org pada masa ini dunia ni xde sempadan..

media massa seperti majalah,sumber internet,video dan sebagainya terdapat byk pada masa ini...nk salahkan media 100% pn x boleh gk..media hanya menyiarkan, menerbitkan dan memasarkan artikal,video dan pelbagai sumber dari internet..ini bergantung pada individu itu sendiri sama ada mengambil yg positif atau yang negatif dari media massa..jika positif yg di ambil, maka positiflah perangai serta tindakan yg akan dibuat dan begitu juga sebaliknya.

Apa yang kita lihat pada masa ini, seperti pendidikan percuma,yuran bg peperiksaan di mansuhkan,subsidi untuk institusi pendidikan dan sebagainya..ini semua adalah bagi melahir masyarakat yg cemerlang,gemilang dan terbilang. peranan sekolah adalah amat penting bg membentuk masyarakat.hal ini disebabkan kebanyakkan masyarakat hari ini diwajibkn untuk bersekolah. jadi kebanyakkan usia remaja adalah byk disekolah. peranan sekolah bkn shj melahirkan masyrakat yg cerdik pandai tetapi berakhlak baik serta mempunyai nilai moral yang tinggi.

apa yg sy nk tekankan disini,kita sebagai rakyat malaysia haruslah bekerja sama bg membendung masalah sosial ini. kebanyakkan masyarakat pada hari ini memandang remeh masalah ini..mungkin jg mereka sudah jemu dengan mslh sosial yg berlaku dan sering terpapar di akhbar atau tidak mahu menjaga tepi kain org..itu semua bkn alasan..bg aku, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menegur sesama kita yang merupakan rakyat malaysia yg mempunyai norma hidup yg sama(undang2)..kita haruslah peka kepada sekeliling tentang kegiatan yg bertentangan dengan norma rakyat malaysia...

cukup disini coretan kali ini dan akan bersambung...

tesis x siap lg ni..hahahaha

(^_^)...BuJanG_SeNanG

1 comments:

Nini Marini said...

wahh,bagus!!
ada juga remaja yang prihatin dengan masalah remaja sekarang ni kan.harap2nya awak terselamat drpd semua gejala2 yang tak baik ni..
memang kan,kalau kita nak fikir2, umat kita sgt teruk skrg.dah koyak pun.
syukurlah kalau awak sedar hakikat tu.

btw,thanx link kan sy yea.sy akan link kan awak jugak okey!
=)