SaLam Ramadhan

| Saturday, August 29, 2009















slm...

Selamat menyambut bln ramadhan kepada semua. moga di bulan yang mulia ini, kita sama2 dapat meningkatkan dan memperbaiki amalan kita.

MaNa DiA MoRaLiTi DaN AkhLaK MaSyAraKaT KiTa????

| Thursday, November 27, 2008
slm...

Ruangan kali ini saya ingin membincangkan berkenaan nilai moral dikalangan masayarakat kita pada hari ini..apa yang sy terdetik untuk menulis berkenaan moral ini adalah sedih melihat sikap masyarakat pada hari ini yang seolah-olah hampir hilang nilai moral dalam diri..

Mengikut Kamus Dewan ;Akhlak bermaksud budi pekerti,kelakuan,watak,pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat.

Seterusnya mengikut Istilah ; Akhlak adalah segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan,apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup Menurut Islam pula ia beerti“satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah“.

Seterusnya saya akan menerangkan definisi moral.Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral.Moral terbahagi kepada dua iaitu :

a. Baik; segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik.
b. Buruk; tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk.

Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu.Dorothy Emmet(1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang Akhlak dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan fenomena keimanan seseorang Islam.

Sebagaimana maksud hadis :
Rasulullah telah ditanya oleh seseorang: “Siapakah orang mukmin yang paling afdhal mempunyai kelebihan imannya? Jawab Baginda: Orang yang paling baik akhlaknya”.

Terdapat beberapa hadis yang ada kaitan dengan kenyataan akhlak Islam.Maksud Hadis: “Apakah Ad-Din itu Rasulullah? Ad-Din itu ialah akhlak yang baik”.

Akhlak Buruk pula disebut juga sebagai akhlak yang keji / mazmummah. Antara Akhlak mazmummah ialah; menyekutukan Allah ,bohong / dusta, takbur, dengki, khianat, bakhil, marah dan sifat-sifat tercela yang lain yang bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

Seperti yang kita lihat pada masa ini jenayah yang berlaku di Negara kita Malaysia semakin meningkat hari demi hari.jenayah rompak,rogol,rasuah dan pelbagai lagi semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan,badan-badan bukan kerajaan dan juga persendirian bagi mengatasi masalah ini tetapi masalah ini tetap berlaku malah semakin meningkat.

Kalau pembaca budiman masih ingat pelbagai masalah jenayah telah dipaparkan didada akhbar,TV,radio dan dan pelbagai sumber maklumat yang lain. daripada pelbagai masalah jenayah yang ditonjolkan di media massa mahupun yang tidak ditonjolkan kita dapat lihat nilai masyarakat kita pada hari ini..sedih melihat mayarakat kita Malaysia pada hari ini..

Antara jenayah yang pernah dilaporkan didada akhbar dan media massa yang lain yang pernah saya baca melihat betapa runtuhnya nilai akhlak dan moral masyarakat kita.

1.Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.

2.Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

3.Kisah setrusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani,Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

4.Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

5.Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

6.Pada tahun 14 Februari 2004, akhbar-akhbar melaporkan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mendedahkan 18 lagi kes rasuah yang membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri, telah memasuki peringkat akhir siasatan. Tetapi isu itu ‘didiamkan’ selepas pendedahan ‘berani mati’ Dr. Rais Yatim itu.

Kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International yang menunjukkan Malaysia tergelincir ke tangga 37 dunia pada tahun 2004 masih menjadi tandatanya kepada rakyat Malaysia apakah pihak kerajaan serius ingin membanteras rasuah.

Saya rasa cukup setakat itu isu yang saya nyatakan,saya rasa pembaca budiman mungkin lebih mengetahui dari saya.

Daripada isu-isu itu, kita nilailah masyarakat kita pada masa ini bagaimana??

Adakah cukup untuk kita sekadar menilai masalah tersebut?

Sebagai masyarakat yang prihatin, tidak cukup sekadar menilai sikap dan tingkah laku masyarakatnya.tidakan susulan haruslah timbul dalam diri individu tersebut bagi mengatasi masalah ini.

Adakah kita mampu untuk bertindak selepas kita menilai masalah seperti ini?Ini bergantung pada diri individu itu sendiri.

Bagi saya, tidak ada alasan untuk seseorang bertindak bagi mengatasi masalah ini.kalau ada individu yang menyatakan tidak ada hak atau kuasa untuk mengatasi masalah ini.bagi saya itu hanyalah satu alasan.

Bagi saya, tindakan tidak semestinya berasaskan undang2 dan hukuman. terdapat banyak cara kita untuk bertindak.menegur pun merupakan salah satu tidakkan.Adakah sukar untuk diri kita menegur sesama bangsa, agama,dan negara berkenaan tidakan yang bertentangan dengan norma masyarakat?

Bagi saya, tidak salah untuk kita menegur tidakan masyarakat yang bertentangan dengan norma yang di amalkan dalam negara tersebut.terpulang kepada individu yang kita tegur sama ada menerima atau tidak teguran kita. apa yang PENTING sahabat sekalian, USAHA KITA bagi mengatasi jenayah yang berlaku dalam negara ini dan memperbetulkan balik nilai moral dan akhlak masyarakat kita.

Saya rasa cukup setakat ini penulisan kali ini..

InsyaAllah kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki saya akan menyambung balik penulisan ini..

wasalam.

Bujang_senang..(^_^)

MaSaLaH SoSiaL RemAJa....

| Tuesday, November 25, 2008

coretan ku kali ini berkisar ttg mslh sosial dikalangan remaja pada masa kini..apa yg membuatkn aku terdetik untuk menulis ialah melihat masalah sosial dikalangan remaja skrg yg smkin membimbangkn..seperti yg kita lihat di dada akhbar, tidak pernah skali pn tidak tercatit masalah sosial di kalangan remaja..mslh ini seakan-akan smkin bertmbah. walaupn pd masa ini kita lihat..peratusan mslh sosial yg berlaku di Malaysia msh pd tahap sederhana berbanding negara membangun yg lain..apa yg aku lihat, mslh ini bukan smkin berkurang malah semakin bertmbah..

Mslh sosial diklngan remaja pd msa kini seperti lumba haram, rogol, liwat, gangsterisme dan sbginya..mslh ini smkn menjadi-jadi pada remaja di kwsn bndr, malah pd msa ini semkn miningkat di kalangan remaja yg tggl di luar bndr..plbgi faktor yg mndorong berlakunya pertmbahan jmlah masalah sosial yg berlaku seperti kurang didikan ibu bapa, pengaruh media massa, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya..

Bg menilai punca mslh ini, kita tidak perlu melihat atau menyalahkn sesetgh pihak shj..punca yg menyebabkan mslh ini berlaku adalah dr pelbagai faktor..kebanyakkan masyarakat hari ini menyalahkn ibu bapa sbgi punca utama berlakunya gejala sosial ini..bg sy, punca gejala ini jgn disalahkn pd ibu bapa shj tapi kita perlu melihat dr punca yg lain..walaupn kita lihat kebanyakkan ibu bapa pada masa ini sibuk mencari nafkah untuk anak2 akibat kos sara hidup yg smkin meningkat..

Akibat drpd itu, perhatian terhadap anak2 adalah kurang..kdg2 ada sstgh ibu bapa yg memberi perhatian yg lebih terhadap anak mereka..ttp mslh sosial ini tetap juga berlaku dikalangan anak mereka. faktor lain yg sy nk katakan di sini ialah pengaruh rakan sebaya..

Pengaruh rakan sebaya kebanyakkan berlaku setelah remaja tersebut melalui alam persekolahan dan banyak terdedah kpd persekitaran yang pelbagai..kebiasaannya, setiap masyarakat ada norma2 hidup tersendiri..masyarakat tersebut akan berpegang pada norma yg telah diamal oleh mereka sejak zaman berzaman..pd waktu kecil, kanak2 biasanya akan mengikut norma keluarga mereka yang diterapkan oleh ibu bapa..pd waktu ini,kanak tersebut msh terikat pd norma keluarga kerana msh bwh telunjuk ibu bapa..

Apabila meningkat remaja, mereka akan mengikut norma kawan2 mereka..segala kegiatan yg dilakukan oleh rakan2 akan di ikut kerana tidak mahu ketinggal atau di panggil kolot..apabila remaja td mengikut norma2 rakan sebaya..maka disini lah bermulanya masalah sosisal berlaku..norma2 keluarga akan ditinggalkan oleh remaja tersebut dan digantikn dengan norma rakan2...

Pemilihan kawan adalah penting bagi membentuk diri remaja tersebut..jika baik kwn yg dipilih, maka baiklah perangai akan dibentuk dan sebaliknya. kebanyakkan remaja sekarang sering terikut apa yg dilakukan oleh kawan2 mereka...perasaan ingin mencuba dikalangan remaja adalah tinggi pd masa ini..remaja bukan tak tahu benda yg mereka buat itu salah atau betul..tahu..masalahnya perasaan ingin mencuba pd waktu usia sebegini adalah tinggi..kebanyakkan remaja sering terikut-ikut budaya barat yg menurap masuk ke negara ini..budaya spt punk,black matel,hip rock,fornografi dan sebagainya semakin menular masuk ke dlm negara akibat media massa yg semakin canggih..bak kata org pada masa ini dunia ni xde sempadan..

media massa seperti majalah,sumber internet,video dan sebagainya terdapat byk pada masa ini...nk salahkan media 100% pn x boleh gk..media hanya menyiarkan, menerbitkan dan memasarkan artikal,video dan pelbagai sumber dari internet..ini bergantung pada individu itu sendiri sama ada mengambil yg positif atau yang negatif dari media massa..jika positif yg di ambil, maka positiflah perangai serta tindakan yg akan dibuat dan begitu juga sebaliknya.

Apa yang kita lihat pada masa ini, seperti pendidikan percuma,yuran bg peperiksaan di mansuhkan,subsidi untuk institusi pendidikan dan sebagainya..ini semua adalah bagi melahir masyarakat yg cemerlang,gemilang dan terbilang. peranan sekolah adalah amat penting bg membentuk masyarakat.hal ini disebabkan kebanyakkan masyarakat hari ini diwajibkn untuk bersekolah. jadi kebanyakkan usia remaja adalah byk disekolah. peranan sekolah bkn shj melahirkan masyrakat yg cerdik pandai tetapi berakhlak baik serta mempunyai nilai moral yang tinggi.

apa yg sy nk tekankan disini,kita sebagai rakyat malaysia haruslah bekerja sama bg membendung masalah sosial ini. kebanyakkan masyarakat pada hari ini memandang remeh masalah ini..mungkin jg mereka sudah jemu dengan mslh sosial yg berlaku dan sering terpapar di akhbar atau tidak mahu menjaga tepi kain org..itu semua bkn alasan..bg aku, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menegur sesama kita yang merupakan rakyat malaysia yg mempunyai norma hidup yg sama(undang2)..kita haruslah peka kepada sekeliling tentang kegiatan yg bertentangan dengan norma rakyat malaysia...

cukup disini coretan kali ini dan akan bersambung...

tesis x siap lg ni..hahahaha

(^_^)...BuJanG_SeNanG

sampaiknlah salam cintaku pdnya..timaa kaseeehh!!!

|



Tanggal 22.11.2008 merupakan hari pengiktirafan Melaka & George town sebagai tapak warisan dunia..mlm 2 aku nk rumate ku pegi la menyambut majis tersebut di dataran merdeka. tp ktorg g mlm je..sje nk tgk konsert..hehe..

OTW nk g tapak konsert mlm 2..terserempak la ngan mamat yang rambut b'gumpal2 cm sarang tebuan..ingtkn sape la...alleycat upenye..syoknye die,org ajak begambo..b'pusu2 org nk begambo ngan die..termasuk la aku skali..mklm la artis katakn..same la cm aku,aku dulu pn artis gk..salu wat konsert dlm bilik mandi..hua3..
lepas tggu turn,sempat la gk aku begambo ngan die..bgga siot..xsangka dpt begambo ngan die..pasal ape aku bgga??sbb aku pn minat lgu die..haha.spe pon alleycat..semoga maju jaya..dh kaye nati jgn lupe blanje makan..timaaaa kaseehhh!!!

Tesis memeningkan kepala ku...

|
Masuk thn 3 ni, perkara yg wat jajib bagi melengkapkan ijazah sarjana muda aKu ni ialah tesis.so, aku kne la wat tesis 2 walau cmne pon..huhu.tajuk tesis Ku "pembangunan bandar bangsar,Impak kepada alam sekitar fizikal & Manusia".kepala otak aku ni dh berserabut dh nk wat.xtau nk wat cmne..huhu.

Nk ckp ssh wat tesis ni pn x jgk..sbbnye, seniorku yg lepas sume leh wat,xkan la aku xleh nk wat.mslsh skrg ni, aku pening xtau nk wat cmne..huhu..stakat ni satu bab pn lum aku buat.org len dh nk habis dh.aku je ketinggalan kt blakang.nk lari serentak ngan diorg bukan xdpt..asyk smput je tgh jalan..hahaha..

Adakah aku perlu cri ketenangan dulu??spy otak aku tenang nk wat tesis ni..ke kne g sungai atau kne g pantai nk mencari suasana yg tenang..huhu.ikutkan hati nk g pantai..dok Kl mne de pantai..yg ade cume pantai dalam..tapi pantainye xde..haha

Ape pon awku harap, esok aku dpt mulakan tesis dengan seseriusnye..xde main2 dh..mase main dh hbs dh..ape pon..hiduppp bujang!!!!hiduppp!!!!

Orang tenang ada emas untuk digali

|
“Kalau nampak air tenang kita patut lebih berhati-hati, sebab dalam air tenang macam-macam boleh terjadi. Tapi kalau nampak orang tenang kita patut dekati, sebab dalam diri orang tenang ada emas untuk digali”


Kita selalu tertipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu. Orang jahat tidak pernah memilih orang jahat untuk ditipunya tetapi dia memilih orang baik. Orang baik pula oleh terlalu baik selalu tertipu akibat terlalu baik sangka.

Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan wajah baik untuk memperdaya orang baik. Pada zaman kini terlalu kurang si jahat yang memiliki wajah jahat. Maka itu peratus orang baik yang terpedaya oleh orang jahat semakin ramai.

Suatu hari seseorang berkata, dia tawakal dengan untanya yang dibiarkan lepas sewaktu bertemu Rasulullah s.a.w. Dia sangka semua orang baik sepertinya. Tidak mungkin unta itu akan hilang dikebas orang. Tetapi apabila Rasulullah s.a.w. mengetahuinya, baginda menyuruh orang itu menambat untanya dahulu kemudian barulah bertawakal.

Bermakna tidak boleh terlalu sangka baik, ada kalanya perlu juga berasa curiga dan bersikap hati-hati meskipun di kalangan orang yang boleh dipercayai. Kadang-kadang apabila terlalu percaya di situlah kesilapan akan tiba.

Tatkala berhutang atau memberi hutang, tuliskanlah untuk jadi peringatan. Kalau terlalu percaya ada kemungkinan hutang itu tidak akan dibayar. Menuliskannya bukan bererti tidak percaya tetapi sebagai peringatan pada saat-saat lupa.

Terlalu percaya samalah macam istilah lurus bendul. Terlalu lurus selalunya menjadi mangsa pada jenaka manusia. Kadangkala kena ada juga rasa curiga. Curiga untuk beringat bukan curiga untuk berburuk sangka.

Seseorang berkata kepada kawannya, “Mat, tak guna simpan duit banyak-banyak. Bila kiamat satu apa pun tak guna lagi. Lebih baik engkau belanjakan duit itu. Kiamat datang tiba-tiba. Nanti tak sempat engkau belanjakan semua harta. Penat saja bekerja siang malam selama ini.”

Betul juga, fikir Mat. Maka dia membelanjakan semua wangnya. Mat akan berakhir sebagai seorang yang muflis. Kena ada rasa curiga dan tidak boleh terlalu lurus untuk menikmati hidup yang selesa. Manusia ada pelbagai ragam dan gaya. Sesetengahnya memang mencari kesempatan pada kedunguan orang lain.

Mat sepatutnya berfikir begini, bekerjalah engkau seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah engkau seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Kata orang tua-tua, kalau melihat air tenang usah disangka tak ada buaya. Sememangnya buaya tinggal dalam sungai yang berarus tenang. Pergerakan buaya juga penuh ketenangan. Kalau ia berehat di tebing sungai, ia bagaikan batang kayu mati – cukup tenang dan cukup baik. Namun, usah leka, sebab ekornya boleh melibas tiba-tiba. Di dalam air buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di daratan juga buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati.

Berbeza dengan orang tenang, di situ ada emas untuk digali. Orang yang tenang biasanya penuh berilmu. Pergilah dampingi orang yang tenang, sesuatu yang berharga pasti akan diperolehi. Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermakna tenang.

Orang tenang biasanya berilmu, orang tenang biasanya warak, orang tenang biasanya lunak, maka dekatilah dia.

Hai....(^_^)..senyum sokmo...

| Monday, November 24, 2008
Slm...
SelaMat DatAng kE Blog aKu..
Ni La 1st time aKu wat blog...
buDak Bru bljr...
Klu Slh Tuluunnn tunjukkn..
hihihihi
SeMogA TerHibur...
(^_^)