MaNa DiA MoRaLiTi DaN AkhLaK MaSyAraKaT KiTa????

| Thursday, November 27, 2008
slm...

Ruangan kali ini saya ingin membincangkan berkenaan nilai moral dikalangan masayarakat kita pada hari ini..apa yang sy terdetik untuk menulis berkenaan moral ini adalah sedih melihat sikap masyarakat pada hari ini yang seolah-olah hampir hilang nilai moral dalam diri..

Mengikut Kamus Dewan ;Akhlak bermaksud budi pekerti,kelakuan,watak,pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat.

Seterusnya mengikut Istilah ; Akhlak adalah segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan,apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup Menurut Islam pula ia beerti“satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah“.

Seterusnya saya akan menerangkan definisi moral.Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral.Moral terbahagi kepada dua iaitu :

a. Baik; segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik.
b. Buruk; tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk.

Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu.Dorothy Emmet(1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang Akhlak dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan fenomena keimanan seseorang Islam.

Sebagaimana maksud hadis :
Rasulullah telah ditanya oleh seseorang: “Siapakah orang mukmin yang paling afdhal mempunyai kelebihan imannya? Jawab Baginda: Orang yang paling baik akhlaknya”.

Terdapat beberapa hadis yang ada kaitan dengan kenyataan akhlak Islam.Maksud Hadis: “Apakah Ad-Din itu Rasulullah? Ad-Din itu ialah akhlak yang baik”.

Akhlak Buruk pula disebut juga sebagai akhlak yang keji / mazmummah. Antara Akhlak mazmummah ialah; menyekutukan Allah ,bohong / dusta, takbur, dengki, khianat, bakhil, marah dan sifat-sifat tercela yang lain yang bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

Seperti yang kita lihat pada masa ini jenayah yang berlaku di Negara kita Malaysia semakin meningkat hari demi hari.jenayah rompak,rogol,rasuah dan pelbagai lagi semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan,badan-badan bukan kerajaan dan juga persendirian bagi mengatasi masalah ini tetapi masalah ini tetap berlaku malah semakin meningkat.

Kalau pembaca budiman masih ingat pelbagai masalah jenayah telah dipaparkan didada akhbar,TV,radio dan dan pelbagai sumber maklumat yang lain. daripada pelbagai masalah jenayah yang ditonjolkan di media massa mahupun yang tidak ditonjolkan kita dapat lihat nilai masyarakat kita pada hari ini..sedih melihat mayarakat kita Malaysia pada hari ini..

Antara jenayah yang pernah dilaporkan didada akhbar dan media massa yang lain yang pernah saya baca melihat betapa runtuhnya nilai akhlak dan moral masyarakat kita.

1.Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.

2.Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

3.Kisah setrusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani,Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

4.Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

5.Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

6.Pada tahun 14 Februari 2004, akhbar-akhbar melaporkan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mendedahkan 18 lagi kes rasuah yang membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri, telah memasuki peringkat akhir siasatan. Tetapi isu itu ‘didiamkan’ selepas pendedahan ‘berani mati’ Dr. Rais Yatim itu.

Kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International yang menunjukkan Malaysia tergelincir ke tangga 37 dunia pada tahun 2004 masih menjadi tandatanya kepada rakyat Malaysia apakah pihak kerajaan serius ingin membanteras rasuah.

Saya rasa cukup setakat itu isu yang saya nyatakan,saya rasa pembaca budiman mungkin lebih mengetahui dari saya.

Daripada isu-isu itu, kita nilailah masyarakat kita pada masa ini bagaimana??

Adakah cukup untuk kita sekadar menilai masalah tersebut?

Sebagai masyarakat yang prihatin, tidak cukup sekadar menilai sikap dan tingkah laku masyarakatnya.tidakan susulan haruslah timbul dalam diri individu tersebut bagi mengatasi masalah ini.

Adakah kita mampu untuk bertindak selepas kita menilai masalah seperti ini?Ini bergantung pada diri individu itu sendiri.

Bagi saya, tidak ada alasan untuk seseorang bertindak bagi mengatasi masalah ini.kalau ada individu yang menyatakan tidak ada hak atau kuasa untuk mengatasi masalah ini.bagi saya itu hanyalah satu alasan.

Bagi saya, tindakan tidak semestinya berasaskan undang2 dan hukuman. terdapat banyak cara kita untuk bertindak.menegur pun merupakan salah satu tidakkan.Adakah sukar untuk diri kita menegur sesama bangsa, agama,dan negara berkenaan tidakan yang bertentangan dengan norma masyarakat?

Bagi saya, tidak salah untuk kita menegur tidakan masyarakat yang bertentangan dengan norma yang di amalkan dalam negara tersebut.terpulang kepada individu yang kita tegur sama ada menerima atau tidak teguran kita. apa yang PENTING sahabat sekalian, USAHA KITA bagi mengatasi jenayah yang berlaku dalam negara ini dan memperbetulkan balik nilai moral dan akhlak masyarakat kita.

Saya rasa cukup setakat ini penulisan kali ini..

InsyaAllah kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki saya akan menyambung balik penulisan ini..

wasalam.

Bujang_senang..(^_^)

0 comments: